CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

SWEET JE BILE BACE

~TENTANG ANA~

My photo
KLUANG, JOHOR, Malaysia
SALAM.....name ana LYNDA...umur ana 20 tahun, ana berasal dari KLUANG, JOHOR...ana BONGSU dari dua beradik..dulu ana SEKOLAH MENENGAH TENGKU ARIS BENDAHARA, KLUANG...ana ni seorang yang suka SENYUM...hik2 skunk ana study kat KUIM best tempat 2..ana ambik DIPLOMA KAUNSELING..alhamdullah skunk ana dah sem 3...ana minat sangat2 main FUTSAL tapi skunk dah tak mcm dulu...ada je pantang larang...kadang2 tak paham, tapi paham2kan jelah...ana tak suka kene "kongkong", rimassssss...ana klu marah ana suke diam, bukan pe MALAS NAK LAYANN...seronok sangat wat BLOG NIE mcm2 dapat BELAJAR, THANKS kat sahabat2 ana dan jugak EN.YUS sbb tunjuk ajar wat BLOG nie...emm k lah setakat nie je, jangan lepas tau dari BLOG "GADIS CAPRICORN"....:)

15 JANUARY 1989

~ABAH MAK~

~ABAH MAK~
yg sweet couple nie adalah ABAH MAK GADIS CAPRICORN...cube TEKA gadis capricorn ikut muke saper????hik3 jawablah sendiri ea.....

~ME AND ALONG SAHYANG~

~ME AND ALONG SAHYANG~
this is my "SISTER" satu2nye ALONG yang GADIS CAPRICORN ada....tanpe DIE umah SUNYI GILER...:

~MY ESAM~

~MY ESAM~
nie lah ESAM...adik angkat GADIS CAPRICORN mase nie muke baru bangun tido....mak aiiiii masyam die, GADIS CAPRICORN jerk yg taw...

~ME AND MY ESAM~

~ME AND MY ESAM~
waktu nie GADIS CAPRICORN baru jerk dapat BALIK dari ORENTASI KOLEJ...budak nielah yang PALING RINDU TERSANGAT....

~THANKS 4GIVE ME~

~THANKS 4GIVE ME~
sahyang sangat2 kat bear nie..sbb nie pemberian dari orang yang GADIS CAPRICORN SAYANG....setiap kali nak TIDO mesti cari,peluk, cium baru LENA tido...name bear nie "BABY PAISH"...muahhh

Friday, August 14, 2009



cuuunnnnnyerrr......hik3 nielah my mum....i love u ma....muaaaahhhhhhh!!!!!


ALAMAK......nie gambar adik-adik gadis capricorn mase orintasi......comey2 dan hensem2kan.....seronok dengan diowg nie....apy je macam sayer...hik3


ini adalah member gadis capricorn....mse nie kita owg jaga orintasi fakulti sem 1 dan 2....yang sebelah gadis capricorn 2 ialah SAT, dan adik angkat gadis capricorn IKA.....


ini lah ADIK ANGKAT gadis capricorn.....

~RENUNGAN~

-BERTUDUNG SEBAB KEKASIH-


nama saya miza...saya berumur 21 tahun dan baru menamatkan pengajian di salah sebuah di IPTA... saya mempunyai teman lelaki yang berusia 23 tahun dan masih menuntut di IPTS DI MALAYSIA.. saya telah mengenalinya sejak setahun yang lalu..yang menjadi masalah kami ialah dia tidak boleh menerima cara pemakaian dan juga pergaulan saya..
saya bukanlah di kategorikan sebagai seorang perempuan yang sosial dan juga seorang yang seksi..pernah dulu saya mengikuti caranya dengan mengubah imej dengan bertudung, tapi setelah saya mengikuti caranya masih ada lagi yang tak kena sehinggakan saya sendiri tidak tahu untuk berbuat apa lagi..Dalam perhubungan kami yang telah hampir setahun ini, berbagai-bagai dugaan yang telah kami tempuhi yang kadangkala membingungkan hati dan perasaan saya..Kami pernah berpisah seminggu dua, tetapi dia tidak dapat melupakan saya..dan kami pun menyambungkan hubungan semula. Saya tidak tahu apa lagi yang perlu saya lakukan untuk dia supaya dia boleh menerima saya seadanya dengan menerima kebaikan dan keburukan diri saya ini....

-KESIMPULAN-

BERCINTA itu memang indah namun pelbagai cabaran yang perlu kita lalui untuk merasai nikmatnya.. tidak perlu gusar jika kita benar-benar yakin cinta tersebut. Perselisihan sering terjadi hingga mengundang salah faham walaupun kita cuba memahami dan memuaskan hati pasangan kita. CINTA bukanlah atas dasar PENAMPILAN semata-mata..Jika benar KEKASIH kita mencintai kita, dia akan menerima diri kita seadanya. Apa yang perlu kita lakukan mestilah dengan keikhlasan dan jangan berubah semata-mata kerana KEKASIH...Perubahan dilakukan adalah tanpa PAKSAAN.. DARI SITULAH AKAN PEROLEHI KEBAHAGIAAN...

Saturday, August 1, 2009

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hatiandainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
renungan mata bukan pandangan biasa
bertahun handai terjalin hingga waktu ini
gurauan mesra menghiasai masa tika bersama
semakin berputik perasaan inikini baru kusedari selama ini kau ku sayangi
andai bukan itu hakikatnya, mengapa rindu yang ku rasa
mungkin tiada ku fahami, tidak dapat ku nafikan lagi
beban rahsia kian membakar diri...kalimah cinta selongkar renung nan dicita
mungkinkah dibiar terdampar kasih tak kesampaian
naluri berbisik bukannya dambaan cinta
kini baru ku sedari selama ini kau ku sayangi
andai bukan itu hakikatnya mengapa rindu yang ku rasa
mungkin tiada ku fahami, tidak dapat ku nafikan lagi
beban rahsia kian membakar diri...
ikhlasku nyatakan kau yang ku sayangi
kau yang ku cintai walau tak mampu ku miliki
ingin ku luahan mungkin satu harikan terbuka pintu hati
dapat jua kau terima diriku akhirnya.....

RAHSIA "SENYUMAN"

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.

Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat.

Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain.

Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".